Posts

Showing posts from September, 2013

MANFAAT DAN KELEBIHAN BERBEKAM

Image
bekam sunnah - ------------------------------------------------------------------------ MANFAAT & KELEBIHAN BERBEKAM ------------------------------------------------------------------------- • Membuang darah berpenyakit, darah beku, toksin, nanah, bisul  dan angin, gula, asid uric tinggi, urea, dan kolesterol. • Merawat urat saraf. • Meningkatkan sistem immunity. • Melancarkan aliran darah dan udara. • Menjaga kesihatan rohani dan jasmani. • Menambah kekuatan ingatan dan hafalan. • Mehilangkan stress, dan meringankan tubuh. • Mengelakkan diri dari penyakit-penyakit kronik. BEKAM MAMPU MERAWAT: • Alergi, bisul, buasir, sembelit, jerawat, resdung, gatal-gatal. • Migraine, sakit jantung, hati, limfa, paru-paru, ginjal, perut. • Tekanan darah tinggi /rendah, kencing manis (diabetis), gout, stroke, asma, kanser, jangkitan kuman dalam darah dan membuang bisa, bahan-bahan sihir@santau@saka • Sakit-sakit tubuh seperti sakit kepala, belikat,

JANJI ALLAH ITU PASTI

Image
# SAHABAT-SAHABAT SEMUA...sesungguhnya setiap detikan hati kita ALLAH Maha Mengetahui...janganlah ragu-ragu dgn kekuasaannya, sebagai hamba yang telah mengakui keimanan pd Nya..terimalah ujian sakit ini dgn redha dan sabar serta berusaha tanpa jemu dan putus asa...SAYA SERTAKAN DISINI JANJI-JANJI,AYAT-AYAT MOTIVASI DR AL-QURAN....kembalilah pada ALLAH. ( yakinlah hanya ALLAH yang berkuasa utk menyembuhkan penyakit kita, bukannya saya atau ustaz-ustaz perawat yang lain...kami hanya membantu, usaha dan doa, sembuh tetap dari yang maha berkuasa Allah SWT) *kadand-kadang saya beritahu pesakit: "Allah nak beri yang lagi baik utk puan..." dibalas balik dengan, " nk bagi ape lagi ustaz..saya dah ada semua....." YA ALLAH EGONYA KAMU PADA KEKUASAAN ALLAH...(dlm hati saya berkata: kerana ada semua lah, kamu lupa yg satu yang lebih BERKUASA) 1-KENAPA AKU DIUJI? Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan meng

CARA MENGATASI DAN MERAWAT GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar. Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir dar

TANDA-TANDA AWAL SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada bomoh ataupun pun meminta secara ter us dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Tanda-tanda Terkena Sihir 1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas. 2. Badan terasa berat dan malas. 3. Sukar mendapat jodoh. 4. Badan terasa bisa-bisa. 5. Sakit ketika ziarah orang meninggal. 6. Sukar tidur malam. 7. Sakit pinggang tanpa sebab. 8. Sakit dada bila waktu asar keatas. 9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. 10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. 11. Bermimpi di tempat tinggi. 12. Bermimpi di tempat yang kotor. 13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar. 14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 15. Bayi kerap menangis. 16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 18. Malas beribadat. 19. Nyanyuk ketika usia lanjut. 20. Panas baran. 21. Sikap be

TANDA-TANDA AWAL SIHIR BERADA DALAM DIRI ANDA

-------------------------------------------------------------------------------------- Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkn seseorang individu dgn individu lai n) -------------------------------------------------------------------------------------- Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh Masing-masing suka menegakkan benang basah dan tidak mahu mengalah --------------------------------------- Tanda-tanda sihir pengasih -------------------------------------- Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan Kuat berkhayal tentang adegan seks Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks ------------------------------------------------------------------------------------------ Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit (membuat sesorang

AURAT PESAKIT DAN PERAWAT

Image
Soalan:  Apa hukum bagi pekerjaan yang memerlukan seseorang itu menyentuh golongan yang bukan mahram, contohnya doktor untuk merawat pesakit atau jururawat yang terpaksa sentuh pesakit untuk memberi bantuan? # termasuk perawat-perawat (mua'lij) yang menggunakan ruqyah syar'iyyah, yang merawat pesakit-pesakit histeria, rasukan dan lain-lain. Jawapan:  Darurat ialah keperluan yang sangat diperlukan oleh manusia. Adapun darurat menurut ulama fiqh adalah berhajatnya manusia itu kepada batasan (perkara yang dilarang oleh syarak) dan jika sekiranya tidak mengambil perkara yang dilarang itu maka akan binasalah manusia tersebut. Di dalam menjawab dan menyelesaikan persoalan ini, kita mestilah (wajib) merujuk terlebih dahulu kepada al-Quran al-Karim dan hadis Rasulullah S.A.W. sebagai kayu pengukurnya. Penjelasan dari para ulama muktabar dijadikan panduan di dalam memahami dalil-dalil yang dikemukakan pada setiap persoalan dan permasalahan. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Ti