TANDA-TANDA SAKA BERADA DIDALAM TUBUH BADAN MANUSIA
Saka Harimau SAKA adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan sedarah. “Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia mengikut peredaran darah" . (HR. Al Bukhari (6219) dan Muslim (2175) dari hadits Shafiyyah Radhiyallahu ‘anha) . Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dan sebagainya. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus. Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi kurang ilmu pengetahuan berkenaan dengan perka