TANDA-TANDA SAKA BERADA DIDALAM TUBUH BADAN MANUSIA
Saka Harimau |
SAKA adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari, yang biasanya melibatkan keturunan sedarah. “Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia mengikut peredaran darah".(HR. Al Bukhari (6219) dan Muslim (2175) dari hadits Shafiyyah Radhiyallahu ‘anha).
Di zaman dahulu, masyarakat melayu kita gemar berdamping atau memelihara jin-jin untuk dijadikan sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, melakukan perubatan, persilatan dan sebagainya. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, sekiranya tidak ada seolah-olah ianya tidak lengkap. Di dalam Islam, kita disuruh berdoa dan mohon pertolongan dari Allah saw dan kita dilarang berdamping atau meminta pertolongan dari makhluk-makhluk halus. Mungkin pada masa dahulu, masyarakat melayu masih lagi kurang ilmu pengetahuan berkenaan dengan perkara-perkara syirik ini dan mereka membuat demikian disebabkan oleh budaya melayu lama. Umur jin lebih panjang daripada umur manusia, biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada “kontrak” atau perjanjian di antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang.
Kaum jin mempunyai satu ciri yang sungguh istimewa iaitu “taat setia” kepada tuannya. Kalau kita mengingati kembali cerita Nabi Sulaiman a.s, bagaimana kaum jin taat setia berkhidmat kepada Nabi Sulaiman sehinggalah mereka ternampak tongkat Nabi sulaiman a.s telah dimakan anai-anai baharulah mereka menyedari bahawa Nabi Sulaiman a.s telah mangkat dan baru mereka berhenti berkhidmat kepada Nabi Sulaiman a.s. Setelah tuan punya tadi meninggal dunia, jin itu akan mendampingi pula keturunannya atau warisnya sehingga berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dikeluarkan. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tidak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut dan bilangan jin dalam badan individu itu akan bertambah.
Kita dapat mengenal ciri-ciri umum Saka, melalui 2 keadaan:
1. saka yg disedari - biasanya keturunan itu akan memelihara adat-adat tertentu seperti membuat kenduri pada masa-masa tertentu, melakukan upacara-upacara tertentu pada masa-masa tertentu, menyimpan barang pusaka khas (seperti kain berwarna, alat perhiasan, barang kemas, senjata dan sebagainya), yakin diri bahawa keluarga mereka masih dalam penjagaan nenek moyang (walaupun nenek moyang itu tinggal jauh ataupun telah lama meninggal dunia), membaca dan mengamal mentera-mentera tertentu, mewarisi kebolehan merawat (bomoh)@bidan@bersilat ataupun lain-lain.
2. saka yang tidak disedari - tiba-tiba ada anggota keluarga yang terkena penyakit ganjil, atau mimpi yang menakutkan, dan kemudian dibawa berubat dan diberitahu oleh perawat bahawa itu semua akibat gangguan saka.
Kita lihat pada masyarakat hari ini banyak kejadian yang tidak diingini telah berlaku dan akan berlaku jika tidak dihindarkan. Malah, ada juga terdapat bayi yang baru dilahirkan diganggu oleh jin-jin saka ini. Terdapat banyak kes-kes yang bayi selepas lahir, bayi kerap menangis tanpa sebab. Dari sudut perubatan moden, mungkin bayi ini ada masalah “colic” tapi selalunya didapati bayi-bayi ini menangis sebab ada benda-benda halus di dalam badan mereka. Anak kecil atau bayi yang baru lahir tidak pandai bercakap atau mengadu dan melalui tangisan sahajalah mereka dapat meluahkan perasaan mereka. Kalau orang dewasa merasa sakit sekiranya ada jin-jin dalam badan, inikan pula anak kecil yang baru lahir dapat menahan kesakitan apabila adanya jin dalam tubuh kecil itu. Sekiranya anak kecil itu tidak sakit mestilah dia tidak akan menangis kecuali bayi itu lapar atau pampers perlu diganti.
Terdapat juga kes-kes suami isteri yang telah bertahun-tahun berkahwin tetapi sukar untuk mendapat anak. Mereka puas mencuba rawatan moden di hospital untuk berlakunya persemaian tetapi masih juga gagal. Ada ramai kes-kes keguguran berlaku disebabkan oleh gangguan saka. Di dalam situasi demikian, besar kemungkinan jin-jin saka dalam badan isteri menggangu atau merosakan janin-janin di dalam rahim isteri. Oleh itu di sini saya ingin menjelaskan bahawa salah satu dari sebab mengapa sesetengah pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat adalah disebabkan gangguan saka.
Di antara tanda-tanda yang selalunya dirasa oleh pesakit yang ada gangguan saka adalah seperti berikut :-
- Sakit anggota badan : bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim, dan sebagainya.
- Gangguan emosi dan perasaan : “moody” atau terjadi perasaan marah atau perasaan sedih tanpa sebab.
- Gangguan pemikiran dan minda – fikiran rasa berserabut, “confused”, hilang keyakinan diri, “high anxiety”, susah nak fokus dan sebagainya.
- Gangguan tidur : selalu mengantuk atau sukar untuk lena tidur.
- Halusinasi atau gambaran-gambaran yang pelik-pelik dalam minda pesakit
- Sesak nafas atau mengah
- Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
- Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.
- Gigi berlaga ketika tidur
- Bercakap, menangis, ketawa dan berjalan semasa tidur
- Kerap bermimpi menyusukan bayi.
- Kerap bermimpi dikelilingi kanak-kanak.
- Kerap bermimpi ada seseorang ingin memberi sesuatu didalam mimpi.
- Boleh mengubat belajar melalui mimpi@secara tiba-tiba tanpa disedari
- Mendakwa boleh melihat jin/makhluk halus.
- Banyak penyakit genetik/ketumbuhan ganjil pada badan.
- Sakit anggota badan/pengsan bila menziarahi orang yang meninggal dunia.
- Kerap bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.
- Kerap bermimpi rumah lama/rumah pusaka.
- Panas baran.
- Nyanyuk ketika usia tua.
- Sering sakit lutut tanpa sebab klinikal.
- Boleh menelek sejarah/sifat seseorang.
- Boleh mengurut belajar melalui mimpi.
Simptom yang disebut di atas adalah kesan adanya jin-jin saka dalam badan pesakit. Bila jin-jin ini ada di dalam badan kita, selalunya mereka akan berada di celah-celah tulang belakang di mana terletaknya urat saraf atau di dalam otak kita. Ini adalah dua tempat “kegemarannya” bila mereka berada di dalam badan kita. Kenapa mereka suka berada di tempat ini kerana di dalam badan manusia, otak dan tulang belakang adalah organ yang paling penting selain dari jantung manusia. Di sinilah mereka boleh menguasai pergerakan tubuh badan kita melalu urat saraf dan menguasai emosi, minda dan permikiran kita melalui otak kita.
Salam . Sy sering bermimpi apabila ad sesuatu y berlaku mendapat alamat terlebih dahulu . Spt ad kematian atau musibah maupun berita gembira .. apabila bangun dr tido sy ta ingat ppe sehingga kejadian i2 berlaku baru sy teringat . Mase kanak2 plak sy sering bermimpi sesuatu ingin berkawan n berdamping dengan . Adakah ini gangguan jin ?? Bagaimana na merawat ny . Skrg sy sdg hamil 7 bln
ReplyDeleteKISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM
DeleteAssalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih
Salam , saye sering kali tebayang wajah mahluk halus ketika beseorangan , susah tidur bila waktu malam , sering sakit belakang .. kadang2 saya bemimpi seekor harimau mutihh .. boleh terangkan kan dekat saya
ReplyDeleteSalam , saye sering kali tebayang wajah mahluk halus ketika beseorangan , susah tidur bila waktu malam , sering sakit belakang .. kadang2 saya bemimpi seekor harimau mutihh .. boleh terangkan kan dekat saya
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteSaya rasa jin sudah beranak pinak dibadan saya. Bantu saya. 012-48890w5
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSy rasa jin dh terlalu banyak dalam badan saya
ReplyDeleteKlo ada makhluk jin masuk dalam badan kita dia akan mmbawa jin2 lain juga sekali masuk itu yg ustadz ckp.jdi tk heranla klo kita sdh brrubat masih ada lagi yg tinggal dlm badan berjuta2.jin ni kn seperti asap .caranya perbaiki akhlak kita semntara menunggu pulih sepenuhnya.
DeleteSaya berasa berada di dlm alam mimpi..tapi masih boleh sembahyang dan baca Alqurab
ReplyDeleteKalau ada org yg dtg melamar terus pertama d terima tp selepas tu ditolak. Begitu lah terus , maksudnya bgni jodohnya tak lekat2 .. Tu ada gangguan saka ke jg ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum.saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit boleh diganggu tidak kira masa. Lokasi Pasir Mas Kelantan.
ReplyDeleteTolong email : tubuhsatu@gmail.com
Cuba liat rawatan ustadz dhanu.chek youtube
DeleteSelalu mimpi rumah nenek saudara iaitu tempat tinggal arwah moyang
ReplyDeletekadang2 saya mimpi ular
ReplyDeleteNi sihir
DeleteKalau mcm sy nih saka jugak ke.. Fikir rasa mcm nk mati
ReplyDelete0135466246 - gangguan dalam diti banyakn solat taubat ea
DeleteBagi yg selalu diganggu Tanpa rela, Bacalah zikir Nabi Yunus bnyk2,
ReplyDeleteMohonlah Allah keluarkan kita drpd kegelapan Dan kesengsaraan.
Baca Surah al-mulk atau al-maathurat, smoga jin tu tak kacau kita. Dan kalau masih diganggu, mohonlah Allah Tolong n ubatkan samada melalui ustaz2 yg Allah pilih untuk menolong atau ikhtiar lain. Doalah banyak2, semoga doa orang yang teraniaya makbul.
Dan jgn Terlalu difikirkan sangat nanti stress pula.
Mohonlah Allah permudahkan dgn asmaul husna. Ya latif.
Saya ade masalah ,setiap kali solat ada huruf yg tiba2 sulit untuk disebut sampaikn ulang2 bacaan tu hinggakan sluruh anggota jd kebas,dan rasa gelisah..tolong saya.
ReplyDelete0135466246 - banyakn istiqfar
Deletesaya tiap malam susah nak tidur lena , kadang sampai tiga empat hari tak tidur . saya jugak susah nak tumpukan perhatian pada pembelajaran . saya pernah bermimpi menyusukan dan mengendong bayi yang dijumpa d rumah kosong . sering juga sakit bahagian belakang badan seperti lenguh . saya mengalami gangguan dari segi mental , mood tidak menentu . ayah saya pernah mempunyai saka pd suatu ketika dahulu dan dah dibuang dah pun . adakah saya mempunyai saka keturunan ?
ReplyDeleteTerimakasih atas informasinya....
ReplyDeleteAssalammualaikum saya selalu sakt2 badan selalu mimpi org meninggal hidup semula dan Sya sembang dgn dia ,mimpi dtg bila saya sakit saraf urat2 sakt 1 badan sakt .. pagi ni saya mimpi lagi dan bila bangun 1 badan sakit 🥺dekat setahun saya sakit lutut dan mudah marah n menangis
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete