ASAL USUL SIHIR

Asal Usul Sihir 

Ilmu sihir sudah ada sebelum era Nabi Sulaiman AS, tetapi tidak diamalkan secara tetap sebagaimana sihir yang diamalkan oleh ahli sihir zaman Firaun (surah al-Baqarah, 2: 246) 

Jenis Sihir 

1 ) Sihir minta Pertolongan Jin : Penyihir meminta pertolongan jin utk menyihir musuh. Mereka melakukan ritual spt membaca mantera, membakar kemenyan & jampi bagi menundukkan jin (Al-Razi, 1999: 3/623). 

2 ) Sihir melalui ilusi, membalikkan pandangan mata, serta silap mata (Al-Razi, 1999: 3/624): Perkara ini dilakukan oleh ahli silap mata, tetapi dalam kalangan mereka ada yang hanya semata-mata silap mata (melalui teknik, teknologi) dan ada yang mencampurkan silap mata dengan amalan sihir. 

3 ) Sihir dalam makanan atau ubat ubatan : Menggunakan alat bantuan berupa ubat-ubatan, iaitu dalam berbagai macam makanan dan pelbagai minyak (Al-Razi, 1999: 3/625). Contohnya makanan yang dijampi di bawah kangkang untuk menundukkan suami dan juga minyak pengasih. 

4 ) Pukau : Salah satu bentuk sihir untuk orang yang mempunyai jiwa yang lemah (Ibn al-Kathir, 1999: 1/370). Menurut Imam Ibn Kathir bahawa ketundukkannya tidak lain kerana kelemahan jiwanya yang sangat mempercayai seseorang itu memiliki ilmu sihir yang menyebabkan dia sentiasa merasa takut dan menurut suruhan orang yang menyuruhnya. 

5 ) Ilmu menengok daripada bomoh yg rawat menggunakan bantuan jin : 

Ilmu ini pada asalnya adalah ilmu yang diperoleh daripada jin syaitan yang mencuri dengar di langit, iaitu mengenai peristiwa yg akan berlaku dimasa depan, tetapi jin/syaitan menambah 1 kalimah benar dgn 70 pembohongan. 

Hukum : 

1) Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. 

2) Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari.


No 1 hingga 5 itu adalah perkara syirik dan berdosa besar. Gangguan sihir (sakit akibat ada musuh yang menyihir atau sebagainya) itu bukan perkara syirik dan berdosa besar.  Gangguan sihir perlu dirawat.

Comments

Popular posts from this blog

SIMPTOM/ TANDA-TANDA DIGANGGU SAKA DAN SIHIR

TANDA-TANDA SAKA BERADA DIDALAM TUBUH BADAN MANUSIA

MENGENAL PERAWAT ISLAM (YANG TIDAK DIDAMPINGI JIN)