MAKLUMAT MENGENAI PUSAT RAWATAN


 

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL NUSRAH

Kami menawarkan perkhidmatan rawatan ruqyah ( jampi menggunakan ayat Al-Quran) khusus bagi merawat penyakit berkaitan gangguan jin seperti sihir, saka, santau, terkena buatan orang dan sebagainya. Kami telah beroperasi di Masjid Slim River, Perak hampir 10 tahun (insyaallah dibawah pantauan JAIP).

Kami beroperasi di bangunan pejabat operasi kami di 27A, Jalan Persiaran Makmur, Taman Slim Makmur, 35800 Slim River, Perak. (BERHAMPIRAN KFC SLIM RIVER, TEKUN)

Maklumat penting untuk pesakit gangguan yang berminat untuk dapatkan rawatan :

- pusat rawatan beroperasi setiap minggu, pada hari SABTU & AHAD sahaja bermula 9 pagi hingga 1 petang

- melalui temujanji sahaja, boleh hubungi 0165007991

- tidak perlu bawa apa-apa untuk rawatan

- semasa sesi ruqyah, mohon diam, hormati dan hayati bacaan ruqyah

- sesi ruqyah berlangsung seorang demi seorang tiada sesi ruqyah beramai-ramai

- kami menjaga dan memelihara rahsia pesakit

- rawatan ruqyah adalah usaha, letakkan keyakinan 100% pada Allah..Hanya Allah berkuasa ke atas segalanya

Ustaz akan ruqyah/rawat pesakit seorang demi seorang, tiada proses ruqyah beramai-ramai. Ini kerana setiap pesakit berbeza masalahnya dan perlukan pendekatan yg berbeza.

Rawatan yang dijalankan mengikut syariat, tak ada unsur syirik mahupun khurafat juga penipuan. Tiada amalan menengok, menilik, meramal dan juga menurun.

 

KAEDAH RAWATAN

Semua pesakit ustaz akan ruqyah, selesai ruqyah jika benar-benar ada gangguan, ustaz ada sediakan bahan-bahan untuk mandi, minum dan sapu (semuanya diruqyah). * tiada paksaan untuk beli bahan-bahan ini. Tak nak teruskan rawatan pun tak ada masalah.

Kenapa ustaz sediakan bahan untuk mandi, minum dan sapu (semuanya diruqyah), ini kerana pesakit gangguan memerlukan terapi ruqyah secara konsisten setiap hari bagi melemahkan jin yang ada dalam badan. Ruqyah membantu melemahkan jin, insyaallah perlahan-lahan pesakit akan rasa perubahan pada diri mereka.

Kaedah fiqh ada menyebutkan, “asal segala sesuatu adalah harus”. Selagi mana bahan perantaraan yang digunakan mempunyai khasiat khusus dalam perubatan dan mampu merawat pesakit, tidak mengandungi unsur haram, makhluk halus, pujaan, kuasa sakti dan boleh membawa kebaikan, maka harus berubat dengannya, digunapakai kaedah serta memberi manfaat kepada orang lain. Sabda Nabi (SAW), “Ada seseorang bertanya pada Nabi (SAW): Wahai Rasullullah, adakah engkau telah berhenti dari melakukan jampi?, Maka Rasullullah (SAW) pun bersabda: “Sesiapa yang mampu dari kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya, maka, lakukanlah” (Riwayat Ibnu Hibban RA

Selepas dua minggu, datang untuk ulangan jampi/ruqyah. Ketika ini pesakit akan dapat rasa perubahan pada keadaan diri dan keluarga atas izin Allah. Sembuh atau tidak itu semua hak mutlak Allah, ustaz hanya bantu doakan dan usaha guna kaedah yang dibenarkan syarak.

Jika sukar nak lakukan ulangan ruqyah/jampi kerana kos perjalanan, masa atau sebagainya boleh teruskan rawatan guna produk bidara ustaz Nusrah Care. Rawat gangguan perlu kekal konsisten. Bila kita leka dan lalai tanpa perlindungan diri mudah jin untuk kembali menganggu.

Pesakit-pesakit ustaz boleh terus datang dan minta utk diruqyah sampai bila-bila, dah sihat pun boleh datang. Tak ada pantang larang 3 kali rawat sahaja, tak ada putus ubat.

Insyaallah rawatan 100% mengikut landasan syarak, menggunakan ayat suci alquran dan doa-doa yang dianjurkan Rasulullah SAW.

Tiada perkara-perkara khurafat dan haram seperti menurun, menengok) melalui gambar, nama atau tarikh lahir), meramal, tiada rekaan cerita atau fitnah, tiada proses tangkap jin masuk dalam botol, tiada janji manis buang saka (bayar beribu tapi masih sakit) yang ada hanya rawat sepenuhnya dengan ruqyah, tiada tuduh menuduh siapa sihir siapa saka siapa, tiada upacara menurun, bedah batin dan sebagainya. Ustaz juga tak ada kemampuan untuk lihat jin dan tak pernah tengok pun.

Perawat ruqyah tak ada kemampuan untuk tahu dan meramal masa hadapan, jangan percaya pada perawat yang berkata " puan perlu datang rawat bulan depan, ada sihir lagi yang mahu dihantar pada puan saya dapat rasakan..(walaupun yang berkata ni seorang ustaz) manusia tak akan boleh meramal masa depan kecuali ada bantuan jin " berhati-hati.

Renungkan dan pahami firman Allah dalam surah Al-An'am:59 maksudnya:

" Allah memiliki kunci-kunci perkara ghaib, tiada yang mengetahui tentang hal ghaib kecuali Dia ."

Jika ada sakit-sakit yang memerlukan rawatan doktor dan pakar teruskan rawatan hingga selesai, jangan tinggal rawatan dihospital. Setiap penyakit ada pakarnya..pakar jantung rawat jantung, pakar onkology rawat kanser pakar mata rawat mata. Ustaz boleh bantu untuk doakan dan beri kekuatan pada rohani. Tidak salah untuk gabungkan keduanya. Ruqyah bantu beri pesakit keyakinan dan kekuatan, selebihnya kita tawakal pada Allah. Jangan berhenti rawatan hospital hanya kerana kita percaya pada rawatan ruqyah sahaja.

Jangan biarkan diri kita yang sedang sakit dibuli dan dimanipulasi oleh perawat.

Comments

Popular posts from this blog

SIMPTOM/ TANDA-TANDA DIGANGGU SAKA DAN SIHIR

TANDA-TANDA SAKA BERADA DIDALAM TUBUH BADAN MANUSIA

MENGENAL PERAWAT ISLAM (YANG TIDAK DIDAMPINGI JIN)