Posts

Showing posts from January, 2021

SELF DIAGNOSIS/ SCAN DIRI/ KENAL PASTI GANGGUAN DALAM DIRI

  Senarai dibawah merupakan antara tindak balas atau symptom yang akan muncul semasa diruqyah (mendengar ruqyah dengan penuh penghayatan): 1)      Pesakit tiba-tiba rasa mengantuk 2)      Rasa letih kepenatan 3)      Sakit otot   (muscle ache) terutama pada bahu dan belikat 4)      Sakit sendi dan belakang 5)      Kerap sendawa dan kembung perut 6)      Sakit kepala tiba-tiba 7)      Sesak dan ketat dada, susah bernafas 8)      Degupan jantung tidak teratur/ degupan jantung lebih cepat 9)      Menguap terlalu banyak 10)   Tidak boleh kawal tangisan, tiba-tiba menangis 11)   Rasa sakit seperti dicucuk jarum pada badan 12)   Rasa sejuk pada kaki dan tangan, kadang-kadang pada keseluruhan badan 13)   Rasa panas membahang 14)   Tiba-tiba ketawa tanpa alasan 15)   Muntah, rasa meloya dan pening 16)   Kaki dan tangan terasa kebas 17)   Kaki dan tangan tiba-tiba menggeletar, tangan tiba-tiba berpusing seperti menari atau sebagainya, kadang-kadang seluruh bada

KESAN BURUK SAKA, SIHIR, SANTAU

Image
  Gangguan jin terdiri daripada saka, sihir, santau, histeria dan sebagainya. Semua gangguan ini jika tidak dirawat dan tidak berusaha untuk lindungi keluarga. Ianya membawa pelbagai kesan buruk pada kehidupan mangsa gangguan. Setiap minggu di pusat rawatan ustaz dihidangkan dengan pelbagai kisah kehidupan pesakit-pesakit gangguan yang menderita kerana gangguan jin. Ustaz kongsikan disini antara masalah yang sering dihadapi pesakit-pesakit gangguan. 1) Masalah kesihatan - insomnia ( sukar tidur), majoriti pesakit gangguan tidak dapat tidur.. walaupun dalam keadaan penat letih seharian masih tak boleh tidur. Ada pesakit ustaz makan ubat tidur pun belum mampu tidur. - Bila tak boleh tidur dalam masa yang lama, penyakit lain mula muncul antaranya darah tinggi kerana kurang rehat. - Ada juga yang sentiasa tidak sihat, tak putus-putus timbul masalah kesihatan. Badan sentiasa panas rasa tak selesa, bahu rasa sakit yang teramat bagai ada yang menyucuk, ada yang merasa sakit hingga t
Image
  SIHIR? "Sihir itu haram, Gangguan sihir itu sakit" Al-Alusi dalam Kitab Ruh al-Ma‘ani mengatakan sihir adalah perkara luar biasa (mencarik adat) tetapi bukan mukjizat kerana ia boleh diperoleh dengan belajar, memohon bantuan jin/syaitan dan melakukan kerja-kerja yang kotor. Ia juga hasil daripada bertaqarrub (mendekati) dengan jin atau syaitan dengan melakukan perkara-perkara yang buruk. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah berkata: Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir (mengupah tukang sihir untuk menyihir musuh/orang yang dibenci) atau untuk mengubati/merawat sihir. Siapa tukang sihir? Perawat yang boleh menengok/scan penyakit melalui gambar, nama dan sebagainya. Perawat yang boleh menengok/scan atau mendapat petunjuk, firasat daripada solat hajat. Perawat yang merawat menggunakan upacara menurun dan ada syarat-syarat tertentu ketika rawatan. Perawat yang boleh scan pesakit dan tahu siapa yang menghant