SIHIR?
"Sihir itu haram, Gangguan sihir itu sakit"
Al-Alusi dalam Kitab Ruh al-Ma‘ani
mengatakan sihir adalah perkara luar biasa (mencarik adat)
tetapi bukan mukjizat kerana ia boleh diperoleh dengan belajar, memohon bantuan
jin/syaitan dan melakukan kerja-kerja yang kotor.
Ia juga hasil daripada bertaqarrub (mendekati) dengan jin
atau syaitan dengan melakukan perkara-perkara yang buruk.
Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah berkata:
Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk
melakukan sihir (mengupah tukang sihir untuk menyihir musuh/orang yang dibenci)
atau untuk mengubati/merawat sihir.
Siapa tukang sihir?
Perawat yang boleh menengok/scan penyakit melalui gambar,
nama dan sebagainya.
Perawat yang boleh menengok/scan atau mendapat petunjuk,
firasat daripada solat hajat.
Perawat yang merawat menggunakan upacara menurun dan ada
syarat-syarat tertentu ketika rawatan.
Perawat yang boleh scan pesakit dan tahu siapa yang
menghantar sihir pada kita, boleh tahu berapa ekor jin dalam badan kita, boleh
tahu segalanya tentang kita walaupun tak pernah jumpa, kenali kita dan kita
sendiri tak pernah ceritakan apa-apa.
Perawat yang tahu segalanya tentang perkara ghaib, tahu
kenapa jin ganggu kita, dari mana jin tu dtg, atas sebab apa jin ni ganggu
kita, bagaiman jin boleh masuk dalam badan kita, boleh cari barang hilang..
Ikut logik kita kan manusia mana mungkin kita boleh tahu segalanya, kita tak
sempurna ada kelemahan.
Jadi ingat ya, sihir tu bukan sahaja pada sihir pengasih,
sihir pemisah, terkena sihir, disihir atau sebagainya.
Sihir adalah semua ikatan, jampi atau perkataan yang
diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yg mendatangkan kesan atau akibat
buruk terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuh secara langsung.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2656-irsyad-al-fatwa-249-hukum-jumpa-tukang-sihir-untuk-ubati-sihir?fbclid=IwAR3THvJud4ZSSTZvwPLHfbhAjrKehHf8qo-_QJzv7nrhwaPnhXE-UyB67pQ
Comments
Post a Comment