KESAN BURUK SAKA, SIHIR, SANTAU
Gangguan jin terdiri daripada saka, sihir, santau, histeria
dan sebagainya. Semua gangguan ini jika tidak dirawat dan tidak berusaha untuk
lindungi keluarga. Ianya membawa pelbagai kesan buruk pada kehidupan mangsa
gangguan.
Setiap minggu di pusat rawatan ustaz dihidangkan dengan
pelbagai kisah kehidupan pesakit-pesakit gangguan yang menderita kerana
gangguan jin. Ustaz kongsikan disini antara masalah yang sering dihadapi
pesakit-pesakit gangguan.
1) Masalah kesihatan
- insomnia ( sukar tidur), majoriti pesakit gangguan tidak
dapat tidur.. walaupun dalam keadaan penat letih seharian masih tak boleh
tidur. Ada pesakit ustaz makan ubat tidur pun belum mampu tidur.
- Bila tak boleh tidur dalam masa yang lama, penyakit lain
mula muncul antaranya darah tinggi kerana kurang rehat.
- Ada juga yang sentiasa tidak sihat, tak putus-putus timbul
masalah kesihatan. Badan sentiasa panas rasa tak selesa, bahu rasa sakit yang
teramat bagai ada yang menyucuk, ada yang merasa sakit hingga tak boleh
disentuh, ada juga yang lumpuh secara tiba-tiba.
- Emosi pesakit gangguan juga tidak stabil, mudah marah,
perasaan was-was dan ragu-ragu yang kuat, ada juga yang menjadi murung tidak
suka bertemu orang, suka menyendiri. Ada yang disahkan menghidap bipolar,
anxiety dan depression.. semua ini ada kaitan dengan gangguan. Bagi
pesakit-pesakit yang disahkan alami bipolar, anxiety dan depression lakukan
rawatan dengan pakar psychiatrist (ini adalah penyakit jangan malu untuk
dapatkan rawatan) dan lengkapkan dengan rawatan ruqyah. Ayat suci Alquran ini
dapat memberi kesegaran dan ketenangan serta memberi pesakit kekuatan. Gangguan
tak ada kaitan dengan lemah iman, sebab tak solat atau sebagainya.
Tekanan perasaan yang dialami pesakit gangguan jin juga besar,
ini kerana mereka merasakan ahli keluarga dan masyarakat tidak memahami keadaan
mereka. Ramai tidak percaya pada penyakit yang berkaitan gangguan jin kerana
pada fikizal luaran mereka nampak normal. Ada juga yang menganggap pesakit
hanya mengada-mengada dan saja buat-buat sakit. Ada anak-anak yang datang ke
pusat rawatan ustaz menangis kerana ibubapa tidak percaya. Sedangkan anak ini
kerap pengsan secara tiba-tiba, dan selalu mengadu rasa bagaikan ada yang
ikutinya, sakit kepala yang dialami juga agak kuat hingga bengkak mata.. malam
langsung tak boleh tidur. Bila pergi ke klinik, doktor sahkan dia tak ada
apa-apa sakit.. bayangkan bagaimana kemarahan ibubapanya.
Bagi ustaz tak ada sesiapapun didunia ingin sakit, anak-anak
walau pun muda bukan semestinya mereka langsung tak sakit.. cubalah percaya dan
pahami mereka.
- Ada juga yang alami penyakit kulit yang tidak
sembuh-sembuh sehingga pesakit merasa malu dan sukar untuk berdepan dengan
orang ramai.
2) Kerjaya dan rezeki
- Bila kerap sakit, kerap minta cuti kerana sakit (mohon mc
tak akan dapat kerana tak ada bukti sakit).. kerjaya akan hilang, ramai pesakit
ustaz dibuang kerja.
- Prestasi kerja juga akan menurun, berbagai kesilapan boleh
berlaku kerana pesakit sudah tidak boleh beri tumpuan pada kerja.
- Ada pesakit ustaz disihir sehingga otaknya lemah tak boleh
berfikir dan blur (macam orang lembam). Bayangkan pesakit seorang pensyarah
tetapi tak mampu lakukan apa-apa.
- Ada juga yang terpaksa minta berhenti kerja kerana dirinya
dah tak boleh beri komitmen pada kerjaya. Ada yang miliki tangan yang hebat
untuk mereka bentuk tiba-tiba tangan yang menjadi aset pada kerjaya terus lemah
dan tak mampu memegang sesuatu.
- Ada yang melakukan pelbagai kerja tapi duit sentiasa tak
cukup, dan pelbagai masalah muncul tanpa henti. Bisnes yang dibina merudum
secara tiba-tiba pekerja yang kita percaya berhenti kerana rasa tak selesa dan
sering sakit.
3) Kehidupan keluarga/Perkahwinan
- Suami isteri sering bergaduh, anak-anak tak boleh bertemu
muka, kehidupan berkeluarga kacau bilau, kebahagian itu cukup sukar untuk
mereka kecapi. Ada yang disihir hingga bercerai.
- Ada juga yang sukar untuk berkahwin, pelbagai penghalang
datang pada pasangan yang ingin berkahwin. Ada juga wanita, alami gangguan tak
pernah perkahwinannya kekal lebih 3 bulan. Sebelum berkahwin, hubungan dengan
pasangan ok dan tak ada masalah, selepas nikah pihak suami terus tak
balik-balik. Sebenarnya ada pelbagai lagi kisah yang ustaz terima, ada juga
bila nak kahwin sahaja akan jatuh sakit tak boleh bangun terbaring 24 jam..
bila pihak lelaki sudah tak mahu tunggu, wanita ni kembali sihat.
4) Agama
-Dari aspek agama, gangguan akan menyebabkan pesakit sukar
untuk melakukan ibadat. Bila nak solat badan jadi panas dan rasa nak tumbang.
- Perasaan was-was yang kritikal bila nak berwuduk, nak
solat hingga pesakit merasa penat.
- Bila berzikir atau baca Al-Quran, kepala rasa pening,
badan sakit-sakit dan sendawa.
- Jika melibatkan saka yang dituntut ia menyebabkan rosak
akidah dan merosakan syariat.
Kepada semua sahabat-sahabat di blog ini, perbanyakkan membaca Al-Quran, usaha
lindungi diri, lindungi keluarga dari masalah gangguan. Berhati-hati bila
menerima sesuatu amalan atau ilmu. Carilah rawatan yang benar-benar mengikut
landasan agama. Elakkan dari menghina ahi keluarga yang mengalami gangguan,
beri sokongan dan doakan mereka. Semoga kita semua diberi perlindungan dari
azab siksa api neraka kerana melakukan perkara yang haram menyekutukan Allah.
Comments
Post a Comment