BAGAIMANA SAKA BERPINDAH

 BAGAIMANA SAKA BERPINDAH?

Ustaz nak kongsikan hari ini, mengenai bagaimana saka berpindah.

Apakah itu saka? Saka adalah amalan yang salah atau ilmu-ilmu yang melibatkan penggunaan dan perjanjian dengan jin.

 " saka ni datang dari keluarga saya ke ustaz? belah ayah ke belah mak? ini saka keturunan isteri saya kan ustaz? "

Saka boleh datang atau berpindah pada sesiapa sahaja melalui pelbagai cara antaranya:

1) Melalui sentuhan tangan pada barang-barang yang di gunakan semasa proses pemujaan seperti keris, parang, pasu, juga dari barang-barang kemas lama keluarga yang ditebus di pajak gadai, selepas tebus barang-barang kemas itu ahli keluarga sakit-sakit tanpa punca.. dan bila barang-barang kemas itu dikeluarkan dari rumah, ahli keluarga kembali sihat.

2) Seorang yang selalu berjumpa bomoh, pawang, dukun, ustaz (yang merawat menggunakan bantuan jin) boleh mewarisi saka dari mereka. Ada pesakit yang akan menjadi pilihan perawat tersebut untuk mengambil dan mengamalkan ilmu yang dia miliki. Pemberian itu ada kala melalui ayat-ayat bacaan yang perlu ditulis sendiri oleh pesakit dan diamalkan. Jadi berhati-hati bila menerima sebarang ilmu atau pun rawatan. Pastikan perawat tidak menggunakan bantuan jin. Insyaallah ustaz akan kongsikan bagaimana mengenal perawat yang ada bantuan jin.

3) Saka yang sengaja diturunkan kepada seseorang kepada seseorang yang lain. contohnya pada menantu atau anak yang setia menjaga orang tua ketika sakit. " Abah nak bagi kamu, dalam banyak-banyak anak kamu simpanlah parang hitam abah ni.. parang ni boleh jaga kamu dengan keluarga setiap bulan pilih mana-mana jumaat kamu sintok limau parang ni ". Anak menantu mana yang tak bangga bila menjadi pilihan orang tua untuk warisi barang simpanan kesayangan. Hati-hati jika menerima sebarang pemberian begini.. ustaz perhatikan anak menantu yang menerima saka begini selalunya panas baran dan rumahtangga mereka panas. Anak cucu akan alami sakit-sakit yang pelik dan bercerai berai.

Semoga kita semua dibawah perlindungan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

SIMPTOM/ TANDA-TANDA DIGANGGU SAKA DAN SIHIR

TANDA-TANDA SAKA BERADA DIDALAM TUBUH BADAN MANUSIA

MENGENAL PERAWAT ISLAM (YANG TIDAK DIDAMPINGI JIN)