NUSRAH CARE
KEISTIMEWAAN
NUSRAH CARE
[ 1 ] MERAWAT
GANGGUAN
Salah satu
usaha merawat/mengubati gangguan seperti sihir, saka, santau, histeria dan
sebagainya. Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang
mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir : “
(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu
menumbuknya di antara du abatu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul
dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul
termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi
dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang
dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada
mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir) ”.
[ 2 ]
MENGHALANG JIN DARI TERUS MENERUS GANGGU KEHIDUPAN
Ramai pesakit
yang mengalami gangguan jin seperti sihir, saka, hysteria rasukan dan santau
merasa hidup kembali stabil, rumahtangga kembali harmoni, anak-anak sudah
bersekolah dengan tenang tanpa gangguan, suami sudah berubah tidak lagi panas
baran, isteri sudah tidak mengadu kesakitan seluruh badan kerana produk bidara
Nusrah Care telah membantu merawat gangguan yang dialami mereka. ( Nusrah Care
hanya asbab pada kesembuhan)
[ 3 ]
MENGENAL PASTI TUBUH BADAN ADA GANGGUAN JIN ATAU TIDAK
Tidak semua
manusia mempunyai ilmu rawatan ruqyah. Adakalanya kita merasa sakit, tidak
selesa, rumahtangga kian retak, anak-anak mula berubah tingkah laku, suami dah
jatuh cinta pada orang baru, bayi selalu menangis malam, kerap mimpi bayi
menyusu. Produk bidara Nusrah Care ini akan memberi tindak balas seperti demam,
rasa panas badan, pening, yang mana ada penyakit kulit gatal tidak
sembuh-sembuh selepas gunakannya gatal-gatal akan kian bertambah, tetapi
teruskan penggunaannya sehingga semua kesan itu berhenti. ( * tindak balas yang
terjadi itu menandakan adanya gangguan jin pada tubuh badan ). Jika masih tiada
perubahan, pesakit boleh dapatkan rawatan ruqyah yang lebih efektif insyaallah
perawat akan memberi cadangan dan bimbingan.
[ 4 ]
MEMUDAHKAN PROSES RAWATAN
Pesakit-pesakit
gangguan dapat merawat diri sendiri dirumah tanpa perlu ke pusat rawatan (ramai
pesakit enggan dapatkan rawatan kerana merasa malu dan menjaga keaiban). Ada
pesakit wanita yang kurang selesa dirawat perawat lelaki kerana jin bersembunyi
dimerata-rata dalam tubuh badan manusia. Semasa sesi ruqyah perawat sukar untuk
merawat gangguan jin yang melibatkan bahagian aurat. Nusrah Care dapat membantu
pesakit merawat dan mengubati kesakitan dimana-mana sahaja bahagian tubuh.
Aurat terjaga, Maruah dilindungi, Gangguan jin dapat diubati.
[ 5 ] MUDAH
DIBAWA KEMANA-MANA
Nusrah Care
ini mudah dibawa kemana-mana, boleh digunakan pada bila-bila masa. Rawat
gangguan tanpa kos perjalanan, kos upah perawat dan tidak mengambil masa yang
lama kerana pesakit boleh rawat dirumah sahaja.
[ 6 ] DIBAWAH PEMANTAUAN DAN BIMBINGAN PERAWAT
BERPENGALAMAN
Pesakit-pesakit
gangguan di alu-alukan sentiasa berhubung dengan perawat bagi memberitahu
perkembangan mereka, insyaallah perawat akan sentiasa membantu dan memberi
nasihat yang terbaik buat pesakit. 24 jam sehari, 7 hari seminggu perawat
bersedia untuk membantu pesakit mendapatkan rawatan yang terbaik dari Nusrah
Care.
Boleh hubungi di wasap untuk sebarang pertanyaan 0105662523
Comments
Post a Comment