SIMPTOM/ TANDA-TANDA DIGANGGU SAKA DAN SIHIR

Himpunan tanda-tanda gangguan jin pada manusia berdasarkan pengalaman ustaz merawat. 1.Sakit kepala, sesak nafas, rasa mengantuk keterlaluan (nak angkat mata pun tak mampu), atau apa-apa sakit yang mula menyerang selepas waktu asar hingga ke maghrib setiap hari. 2.Badan terasa berat dan malas utk melakukan apa-apa kerja (mengantuk sentiasa sepanjang hari). 3.Susah utk mendapat jodoh, sentiasa ada pelbagai halangan. Bercinta putus, bercinta bergaduh sentiasa, bercinta lama.. tiba-tiba bila ada hasrat mahu kahwin, mahu bernikah pasangan mula menjauhkan diri. Sudah rancang majlis perkahwinan, lagi seminggu nak kahwin tiba-tiba perkahwinan dibatalkan. 4.Badan terasa bisa-bisa, kerap demam, kerap jatuh sakit pergi ke klinik jumpa doktor disahkan tiada apa-apa penyakit. 5.Sakit atau pengsan ketika ziarah org meninggal dunia tanpa sebab. Ianya berlaku lebih dari sekali. 6.Susah utk tidur malam dan mengambil masa yg lama ut...